Thursday 8 January 2015

Mama (part 7)

August 1999 ( 13 tahun ) Venice Italy,  Mama dan Diari
Sudah seminggu berlalu setelah aku mengenali siapa sebenarnya Jacob. Jacob menyerahkan aku diari Mama. Sehelai demi sehelai aku selak diari itu, sebahagianya mengisahkan masa silam Mama. Mama merupakan anak gelendangan yang tidak bernama,ibu bapanya mati ditembak tanpa diketahui sebabnya. Tulisan diari itu sangat kabur dan celaru aku cuma dapat mengandaikan bahawa Mama mungkin seorang anak pelarian di kawasan yang bergolak. Kisah seterusnya membawa Mama ke alam remaja, dia menjadi mangsa penculikan dan dijual di rumah pelacuran antara catitanya yang tertulis kemas di dalam bahasa German.
13th September 1981
They brought me to hell. They sold me to those monster. They called me Sally they call me Kelly they say they love me but they intend to kill me. My body were no longer mine. God Please Avenge Them For Me. Kill kill kill kill kill kill kill !!!!
20th October 1981
They say this is America. America like in the movies I have watch. In America, God I want to change. I want to live so God in the heaven give me wings and feather so I can fly and spread my wings away.
            31st December  1981
They give me a name today, at least it wasn’t a cunt or  a whore. They named me Athena like the goddess of war. I like the name , it suits me the best but I will break free from here, caged me in asylum?! I’m not mad! The world is mad!

Helaian seterusnya Mama sudah mula mengarang sebuah cerita Robin Hood versi dirinya. Dijelaskan secara teratur akan strategi dan perjalanan hidupnya Dia memulakan pencarian modal melalui bermain poker di kasino seterusnya memasuki pasaran gelap dalam memalsukan passport dan visa. Di sebalik kisahnya sebagai pencuri professional itu Mama tidak pernah melupakan orang miskin dan gelendangan dia menghabiskan hampir keseluruhan keuntunganya untuk membantu kanak-kanak dan badan kebajikan selebihnya digunakan untuk menampung diri. Aku terharu dengan apa yang dilakukan Mama tapi sayang sekali caranya itu salah. Walaubagaimana murni pun niat dan amalanya tetap tidak mengubah hakikat bahawa Mama tetap bersalah dalam melakukan pencurian hak milik orang lain. Aku memandang kad nama Jacob dan Isaac. Malam itu aku nekad, aku mahu pulangkan Mama ke muka pengadilan.

No comments:

Post a Comment