Thursday 8 January 2015

Mama (part 4)

April 1996  Afrika (10 Tahun)
Aku kian membesar di pangkuan Mama dan sepanjang perjalanan aku bersama Mama, kami tidak pernah menetap lama di sebuah tempat. Kehidupan aku bersama Mama menuntut aku menurut beberapa peraturan yang aneh dan ganjil
1.      Encik polis atau Cik polis yang berpakaian uniform itu bukan kawan, elakkan berbual-bual dengan mereka
2.      Nama dan identiti diri berubah-ubah mengikut tempat, sebagai contoh hari ini di China nama aku  Angel Tan dan  Mama bernama Lydia Tan, di Hawaii nama aku berubah Melissa Owen dan Mama bernama  Kellie Owen, di dalam passport, aku pernah menjadi bangsa Cina, Filipina dan Jepun kerana wajahku yang berbangsa asia dan aku seringkali harus memberitahu pihak sekolah bahawa Mama adalah ibu angkat ku yang kadangkala merupakan seorang akauntan, guru tutor piano, jurujual insurans dan pelbagai lagi identiti yang perlu aku hafal setiap kali aku bertukar sekolah.

3.      Ada kod rahsia apabila berkomunikasi dengan rakan-rakan Mama yang terdiri dari pelbagai bangsa . Jika rakan Mama gagal memberikan kod rahsia aku diajar untuk melarikan diri secepat mungkin dari orang tersebut.

Sepanjang aku membesar dengan Mama aku dilatih untuk berkomunikasi dalam lima bahasa iaitu Latin, German, French , Mandarin dan English.  Sepanjang tinggal bersama Mama juga pelbagai jenis rumah ,hotel, motel,  tapak kem mahupun caravan yang menjadi tempat kami berteduh dan tidur pada malam hari. Aku juga dilatih untuk mempertahankan diri, menungang kuda dan memanah.
Hubungan aku dengan Mama bukanlah seperti air yang tenang di tasik. Ada kalanya Mama dan aku bertengkar tentang hal-hal remeh tentang kerja-kerja rumah tapi kemudian kami akan berbaik semula kemudian bertengkar lagi dan berbaik kembali seperti hubungan lazim antara seorang anak dan ibu.
Aku semakin mengenali sifat Mama meski identitinya sering berubah-ubah. Mama amat sukakan muzik instrumental dia bijak bermain gitar dan piano. Mama juga seorang diva fashion, pakaianya tidak pernah seksi tapi sentiasa tampak kemas dan bergaya dan dia suka kepada kanak-kanak, dia memiliki tabiat aneh iaitu suka memberi buku kepada kanak-kanak miskin dan gelendangan.  Dan aku pernah bertanya tentang mama mengenai perkara ini sewaktu kami berada di padang pasir Afrika yang panas dan tandus.
“Why you give them books Mama? It won’t mean a thing to them”
“Trust me, it’s going to mean a lot to them”
“How? I just don’t understand”
“Well kiddo, imagine you have a fish and a fishing rod and you met someone in need. What will you give? The fishing rod or the fish?”
‘“The fish , he must be hungry”
“Then after he finish the fish, he’s going to be hungry again. Will you give up your fish and starve instead?”
“I got your point Mama”
“Good girl” Suasana hening seketika di dalam kereta , cuaca di padang pasir Afrika sememangnya terik , kulit terasa seperti dipanggang api. Aku mulakan lagi satu perbualan.
“Mama”
“Yeah honey?”
“I see a lot of kid who is religious, I see the muslim pray in the mosque, the Christian and the church, the jews and their temple, then what about you or what about us? What god do we believe in to?”
Mama tersedak mendengar persoalanku, barangkali dia langsung tidak menyangkakan aku akan bertanya persoalan yang demikian rupa. Namun raut wajahnya kekal tenang dia tersenyum padaku.
“That’s a good            question darling.  A nice one indeed” Mama melepaskan satu keluhan kemudian dia diam sejenak barangkali memikirkan apa yang harus diperkatakan.
“I might not know a lot about God, but I want to believe that He is here. I think I survived this long is due to His miracle. I might not know which religion he belongs to but He is here. He definitely here”
Saat ini aku yang jahil tentang agama dan telah terlupa bahawa aku seorang Muslim,rasa macam memori yang kelat, memori yang pahit nak telan. Waktu aku teringat saat ini hati ku rasa syahdu, mengenangkan betapa Mama perlukan bimbingan, jalan pulang ke pangkal jalan dan aku bersyukur Tuhan kembalikan aku ke jalan yang benar.
“But speaking of God it always about love, I remember Rumi’s word about god”
“Rumi? The Turkish Scholar?”
“Yep, one of his famous quotes says
To Love is to reach God
Never will a Lover’s chest feel any sorrow
Never will a Lover’s robe be touched by mortals.
Never will a lover’s body be found buried in the earth
To Love is to reach God
Aku terpinga-pinga saat Mama membacakan sajak Rumi yang sukar untuk minda ku hadamkan. Mama ketawa kecil perlahan-lahan dia menjelaskan bahawa cinta kepada tuhan itu infiniti, tiada batasan masa yang boleh menghalang, cinta kepada tuhan itu abadi takkan pernah mati tertanam dalam bumi, tidak ada kesakitan dalam mencintakan yang Esa kerana yang Esa itu abadi bukan seperti manusia yang hidupnya cuma seketika. Ya Rabb kurniakanlah hidayah Mu untuk Mama.
Mama menyambung lagi
“You see darling  that’s the thing about loving God, it was never a one sided love”

Aku tulis kata-kata itu dalam diari dan aku simpan dalam hati.

No comments:

Post a Comment