Thursday 8 January 2015

Mama (part 12) End

Dewasa
Aku kian menginjak dewasa, aku kini seorang penulis sambilan yang juga bekerja sebagai penjawat awam. Pengajaran lalu banyak mengajar aku erti dewasa dan antara yang benar-benar terkesan sehingga hari ini adalah Mama. Mama adalah sebahagian yang menjadikan aku adalah aku yang kini. Sehingga kini masih tiada berita tentang Mama, aku cuba mengesan Mama sedaya upaya. Aku menghubungi Jacob dan Isaac tetap juga tiada khabar berita. Tiada lagi usaha yang mampu aku lakukan melainkan terus berdoa buat Mama.
Mama…
Sekarang Lisa sudah dewasa.
Mama…
Kalau boleh Lisa nak Mama kenal siapa Allah.
Mama..
Lisa mahu Mama menjadi tua di hadapan Lisa
Mama…
Lisa mahu mengubati kesakitan yang Mama rasai sepanjang hidup.
Mama..
Lisa mahu Mama kenal Ayah, Mak, dan Ustazah Rozita
Mama..
Lisa rindu pada Mama.
Hari terus berlalu dan aku meneruskan kehidupan ku meski tanpa Mama di sisi.
“Cik Lisa. Saya rasa ini untuk Cik Lisa” ujar Johari, mat dispatch pejabat kami.
“Apa tu?”
“Poskad”
Aku meneliti poskad yang dihulurkan Johari. Mata tertancap pada poskad yang mempunyai gambar Mekah itu. Aku lihat bahagian belakang.
“Lisa,
Home is anywhere when your beloved is there and I’ve found my real home.
Here.”
With love,
-Mama-
Air mata mengalir deras lagi. Aku langsung terus bersujud syukur. Maha suci Tuhan. Yang  Maha pemurah dan Maha Pengasih!


No comments:

Post a Comment