Thursday 8 January 2015

Mama (part 2)

 Malam Januari 1993 “Pertemuan di Taman Permainan”
Hujan renyai-renyai membasahi bumi. Jam menunjukkan detik  tepat pukul 9:00 malam. Dalam kesejukan aku duduk di hujung gelongsor bersendirian di taman permainan yang kosong tidak berpenghuni. Aku menanti dan terus menanti agar Mak akan datang menjemputku pulang. Jangan tanya apa yang telah aku lakukan sehingga aku melarikan diri dari rumah malam itu.  I was too young to remember  the reason.  Apa yang pasti aku telah melakukan sesuatu yang membangkitkan kemarahan Mak dan aku terus menanti.
Hujan masih berterusan,jam berbentuk hello kitty digital di tanganku menunjukkan  jam 11:00 pm .  Aku sudah mula menangis teresak-esak .  Heh sapa suruh mengada-ngada lari dari rumah kan?
Dalam kesejukan, tiba-tiba ada seorang wanita yang menghampiri aku , aku sangkakan Mak. Aku terus berlari dan mendakap erat tubuh itu. Then I was surprised looking at an English blonde hair blue eyes lady that im hugging.
“Hi” Aku lantas melepaskan pelukkan.
“May I sit?” aku hanya pandang wanita itu dengan kaku.
“Do you speak English?”
“I can speak English”
“Nice, what you’re doing here?”
“wait..wait.. Mom..” aku yang baru berusia 7 tahun mencuba habis baik bahasa inggerisku.
“Ohh waiting for your mom I see. You fight with her?” aku langsung tak faham apa dia cakap.
Wanita itu lantas mengeluarkan kamus dan setelah dia menyelak-nyelak helaian kamus itu dia menyambung percakapan.
“Awak…gaduh…gaduh…dengan … Mak?”
“Yes, yes I did” pandai pulak aku membalas dalam bahasa inggeris.
“What is your name ?”
“Lisa, Alisa Maisarah” soalan asas bahasa inggeris mestilah faham.
“Nice name! You can call me Mama”
“Mama?”
“Yes Mama, just simply Mama. Listen ,Lisa You know Peter pan?” Mama mengeluarkan sebuah patung miniatur  Peter Pan dari poketnya lalu dia menghulurkan kepada aku.
“Peter Pan!! Mary !! Neverland!! Captain Hook” Macam ada jodoh, dia tahu cerita kegemaranku.

“You want to go to Neverland? I can take you there” saat ini aku tidak mengetahui bahawa aku sedang diculik namun dengan penuh keghairahan dan kegembiraan aku menerima pelawaan Mama.Aku lupa bahawa aku sedang menunggu Mak.

No comments:

Post a Comment