Thursday 8 January 2015

Le Boss

Hellooooo peps ! Dont copycat my stories without my permission . All the stories credit to Farhana Ahmad :D Have a great day ! Press 'Links' to regular story . Thank You

Mama (part 12) End

Dewasa
Aku kian menginjak dewasa, aku kini seorang penulis sambilan yang juga bekerja sebagai penjawat awam. Pengajaran lalu banyak mengajar aku erti dewasa dan antara yang benar-benar terkesan sehingga hari ini adalah Mama. Mama adalah sebahagian yang menjadikan aku adalah aku yang kini. Sehingga kini masih tiada berita tentang Mama, aku cuba mengesan Mama sedaya upaya. Aku menghubungi Jacob dan Isaac tetap juga tiada khabar berita. Tiada lagi usaha yang mampu aku lakukan melainkan terus berdoa buat Mama.
Mama…
Sekarang Lisa sudah dewasa.
Mama…
Kalau boleh Lisa nak Mama kenal siapa Allah.
Mama..
Lisa mahu Mama menjadi tua di hadapan Lisa
Mama…
Lisa mahu mengubati kesakitan yang Mama rasai sepanjang hidup.
Mama..
Lisa mahu Mama kenal Ayah, Mak, dan Ustazah Rozita
Mama..
Lisa rindu pada Mama.
Hari terus berlalu dan aku meneruskan kehidupan ku meski tanpa Mama di sisi.
“Cik Lisa. Saya rasa ini untuk Cik Lisa” ujar Johari, mat dispatch pejabat kami.
“Apa tu?”
“Poskad”
Aku meneliti poskad yang dihulurkan Johari. Mata tertancap pada poskad yang mempunyai gambar Mekah itu. Aku lihat bahagian belakang.
“Lisa,
Home is anywhere when your beloved is there and I’ve found my real home.
Here.”
With love,
-Mama-
Air mata mengalir deras lagi. Aku langsung terus bersujud syukur. Maha suci Tuhan. Yang  Maha pemurah dan Maha Pengasih!


Mama (part 10)

Januari 2003 (17 Tahun) Hari-hari baru.
Pada asalnya kepulanganku disambut dengan kehadiran para wartawan. Untuk seminggu dua aku menjadi bahan paparan media, wajahku sekali lagi menghias dada-dada akhbar tempatan. Pada awalnya waktu persekolahan ku di Malaysia begitu menyesakkan nafas, satu sekolah membicarakan hal aku. Aku menjadi perhatian para guru, aku tiada kawan kerana semua terlalu sibuk membicarakan hal aku dan Mama. Kehidupan di Malaysia pada awalnya begitu merimaskan namun mujur aku bertermu Ustazah Rozita. Kawan mak yang juga mengajar di sekolahku kerana Ustazah Rozita lah aku kembali ke pangkal jalan. Aku mungkin pelajar yang cemerlang dalam matematik dan sains begitu juga dengan Bahasa Inggeris namun masuk saja Pendidikan Islam, nah akulah remaja paling rosak akhlak di sekolah. Ustazah Rozita lah yang mengajar aku solat, mengaji dan mengajar ilmu-ilmu fardu ain dan kifayah kepadaku.
Masa kian berlalu dan berita tentang diriku akhirnya dimamah usia dan insiden yang berlaku kepada diriku dilupakan oleh masyarakat. Setelah sekian lama aku akhirya mampu menyesuaikan diri dengan kehidupan di Malaysia. Tiada lagi bertukar-tukar passport atau visa. Tiada lagi nama-nama palsu yang perlu aku berikan. Tiada lagi bilik-bilik hotel atau motel jadi tempat inapan. Aku punya ayah aku punya mak dan juga dua orang adik  perempuan. Aku tinggal di dalam rumah dan aku punya sebuah bilik. Inilah kehidupan baru namun masih aku tidak melupakan Mama. Kata-kata Ustazah Rozita terngiang-ngiang di telingaku.
“Hidayah itu milik Allah Lisa. Tiada yang ustazah dapat katakan, melainkan hidayah itu milik Allah. Kita sebagai umat islam hanya mampu menyampaikan ajaran-Nya namun hidayah itu milik Allah sepertimana firman Allah
“Sesungguhnya engkau (Wahai Muhammad) tidak dapat memberikan hidayah kepada siapa yang engkau suka, tetapi Allahlah yang memberi hidayah kepada siapa yang Dia kehendaki.” (Surah Al-Qasas, 28 : 56)
Nabi Muhammad S.A.W sendiri tidak mampu memberi hidayah apatah lagi kita manusia biasa. Kalau benar Lisa sayang pada Mama. Maka berdoalah Allah tunjukkan jalan kepada Mama Lisa. Doalah umurnya masih panjang dan dia sempat menerima cahaya hidayah Allah, mudahan-mudahan dia kembali ke pangkal jalan”

Aku sujud di muka bumi menghadap yang Maha Esa. Ya Allah, ampuni aku, ampuni kedua orang tuaku, ampuni Mama dan berilah dia cahaya hidayah-Mu  ya Allah. Dan masa kian berlalu.

Mama Part 9

August 1999 ( 13 tahun )  Coming Home.
“Hey..cheer up, you’re going to be home” Lapangan terbang Marco Polo Airport pada ketika itu dipenuhi dengan pelbagai manusia dari seluruh pelusuk dunia. Aku ditemani Jacob dan Isaac pada pagi itu untuk menghantar aku pulang ke Malaysia.  Sudah seminggu usaha pencarian Mama dilakukan, namun langsung tiada sebarang, tiada mayat yang dijumpai mahupun cebisan baju Mama yang terapung.
“It’s hard Jacob.. it’s hard…” Aku tidak mampu lagi menahan air mata. Aku rindukan Mama. Aku rindu dia. Kalau lah aku tidak melakukan perkara itu,Mama pasti masih ada.
“Hey..ssshh shhh.. Don’t cry girl it wasn’t your fault” Jacob menyarungkan jaketnya ke bahuku, waktu itu adalah musim panas paling dingin di Italy yang aku rasakan. Di lapangan terbang itu aku menagis sepuas hati. Jacob sekadar memerhati dari sisi.
Aku melambai Isaac dan Jacob buat kali terakhir sebelum aku pulang terbang ke Malaysia. Perbualan terakhirku dengan Jacob merakamkan detik terakhir cinta  pertama ku.
“You know, It’s true I follow you, knowing you for my mission but I’m sure I wasn’t telling a lie about one thing”
“What?”
“I did call you pretty because you are pretty” Aku tersengih di saat air mataku masih mengalir di pipi, kata-kata Jacob mencuit hatiku.
“Seriousl you’re…”
“My pick up line sucks.. I know I know” Pintas Jacob, aku ketawa lagi.
“Be strong girl, there’s home await you and I tell you nothing heals better than being home” Aku senyum kepada Jacob. Melambaikan lambaian terakhir, juga kepada Isaac.
“Take care Jacob, thanks for everything and please do improve your pick up line”
“You too girl you too”
Penerbangan kali ini terasa begitu asing tanpa Mama.Terasa kosong, terasa benar-benar bersendirian. Penerbangan ini memberi seribu satu makna. Penerbangan yang bakal membawa aku hari esok yang sudah tentu berbeza wajah daripada sebelum ini. Aku tarik nafas, di telinga aku mainkan lagu Skylar Grey-Coming Home
And the blood will dry
underneath my nails
and the wind will rise up
to fill my sails
so you can doubt
and you can hate
but I know, no matter what it takes
I'm coming home
I'm coming home
tell the world I'm coming home
let the rain wash away
all the pain of yesterday
I know my kingdom awaits
and they've forgiven my mistakes
I'm coming home
I'm coming home
tell the world I'm coming...
Still far away
from where I belong
but it's always darkest
before the dawn
so you can doubt
and you can hate
but I know, no matter what it takes
I'm coming home
I'm coming home
tell the world I'm coming home
let the rain wash away
all the pain of yesterday
I know my kingdom awaits
and they've forgiven my mistakes
I'm coming home
I'm coming home
tell the world I'm coming...
I'm coming home


Mama (part 8)

August 1999 ( 13 tahun ) Hari-hari terakhir di Venice.  Ich liebe dich, Lisa

“Are you ready to do this Lisa?” Isaac menyoalku, tanpa sepatah kata aku mengangguk penuh yakin.
“Then we’re going to do according to our plan okay? You understand everything right?”
“Yes”
“Alright,good. Don’t worry Lisa you’re doing the right thing” Isaac menepuk bahuku. Segalanya telah dirancang rapi, hari ini bakal menentukan masa depanku dan masa depan Mama. Aku berharap pada Tuhan agar ini adalah jalan terbaik buat kami berdua. Aku tidak mungkin meneruskan kehidupanku sebagai seorang penjenayah seperti Mama. Gelaran ‘penjenayah’ itu sangat menikam hatiku, mana mungkin aku boleh memandang Mama sebagai penjenayah setelah dia membesarkan aku dengan penuh kasih dan sayang sepanjang waktu. Mana mungkin aku gelarkan dia seorang pesalah apabila mengenangkan dialah yang memujukku saat aku sedih yang memelukku saat keliru. Mana mungkin cinta kepada seorang ibu akan terpadam seperti padamnya api apabila disimbah air. Aku genggam semangat, ini yang terbaik, ini yang terbaik.

“Mamaa!” teriakku riang.
“Yes, honey. What are you so happy about?”
“Tadaaa!” aku mengeluarkan dua tiket wayang kepada Mama.
“A movie. Seriously? You just watched them like two days ago.”
“Yeah but I want to watch with you. Come on, you’ve been to busy lately. Let’s go on a date. Just the two of us okay?” Rayuku memujuk.
“Honey I’m not sure..There’s….”
“Pleaseeee Mama pleaseee… for me?”
“There something going on right? You better confessed what you’ve done Lisa” naluri seorang ibu memang hebat.
“No! I just want to be with you. To make up things..you know…about Jacob” bohongku bagi memancing Mama.
“Ohh yeahh… what happened to that guy, huh?”
“You were right Mama . boys are worthless. Jacob left me, he went back to America. Period”
“Awwww my little baby been dumped.” Mama memelukku. Hati terasa sebak melakukan hal ini kepada Mama segera aku seka air mata.
“Alright, let’s celebrate your first heart broken story. I want to change my clothes then we’re going shopping for some clothes, buy you some really expensive dinner, then watch movies and let’s stay all night long chatting okay?”
“You’re the best Mama!”
Mana mungkin aku melupakan malam itu. Itu adalah memori terakhirku bersama Mama.Kami bergurau bersama-sama, makan bersama, menonton wayang. Mama memujukku dengan  pelbagai keletahnya.” Kami ketawa, kami bergurau senda, kami menyanyi. Hati dihimpit pilu, macam terhiris-terhiris halus. Tuhan tolong hentikan waktu, biar aku dan Mama terus berada dalam mimpi ini
“Mama, let’s go to that building!” Jariku menunjuk ke arah sebuah bangunan.
“For what?”
“Let’s go watch some stars, the sky is beautiful tonight” Hati rasa berat. Mama mengikut sahaja kemahuanku. Sepanjang perjalanan terasa langkah seperti ada beban beribu kilogram.
Kami sampai di level rooftop bangunan itu yang merupakan sebuah shopping complex yang mempunyai ruang bumbung yang terbuka untuk orang ramai untuk beristirehat. Namun malam itu kawasan itu memang sengaja dikosongkan khas buat Mama.
Aku mendakap Mama erat, Mama terkejut dengan perilakuku.
“Hey.. come on Jacob is nothing! Just forget about him already”
“Ich liebe dich Mama” ertinya I love you dalam bahasa German. Bahasa kedua setelah bahasa inggeris yang aku pelajari dari Mama
Ich liebe dich auch,Lisa” Balas Mama mendakapku lebih erat dan sesaat selepas itu di bawah langit yang penuh berbintang kami dikelilingi anggota polis yang menyerbu membuatkan Mama kaget dan terpaku.

Mama memelukku lantas mengeluarkan senjata apinya dari dalam kot.
 
“Stay away from us!” Jerit Mama. Mama begitu mempercayaiku, Mama langsung tidak mengesyaki bahawa akulah dalang di sebalik kejadian ini. 
Segera aku rampas pistol itu dari tangan Mama, Mama nyata terkesima dengan tindakan itu. Aku mengacukan pistol itu ke arah Mama.
 
“Mama please, give up. It’s over. You’ve gotta stop what you’re doing. It’s wrong” 

Mata masih mengalirkan cecair jernih, hari ini aku acukan senjata membunuh itu kepada seorang insan yang aku sayang. 

Yang aku benar-benar sayang.
 
“Lisa…you’re…you’re behind this?”
 
“Yes, I’v read your diary Mama. I understand how world have been so cruel to you but it’s time to stop. 
Mama please I don’t want you to commit any crime anymore.”
 
“Then shoot me , Lisa” 

Kata-kata itu membuatkan hatiku berdegup laju.
 
“I don’t know what these people have told you about me but they were wrong and if you choose to trust what they’ve told to you then I rather die by the hand of my beloved daughter. 
I refuse to go back where I came from. I’ve come this far I wont turn back” 

Saat ini aku merasa betapa peritnya sebuah perjalanan bernama kehidupan.
 
“Mama, please…surrender yourself. I beg of you. At one point you’ve gotta stop living like this.
 How long you going to keep this up? Mama you’ve gotta stop”

 Mama tidak membalas kata-kataku malah dia menghampiri aku sehingga dahinya betul-betul mencecah muncung pistol yang aku pegang. Perlahan aku mendengar Mama berbisik
 
 
“Those years I spent with you was the best days of my life”
 
“The day I met you, is the best fate written for me”
 
“All those memories we shared together was the most expensive property I ever had”
 
“If life is something that can be reversible, I wanted you as my real daughter”
 
“If I can start all over again I still want to be your mother and if the day I met you is repeated I’m going to kidnap you anyway. I have no regrets”
 
Hati benar-benar rasa sayu. Tanganku mengigil-gigil,

 Mama masih lagi tidak berganjak manakala Inspector Isaac masih belum memberi sebarang arahan kepada unitnya.
 
“Ma..ma…” Mama masih tersenyum memandangku.
 
“Ich liebe diech Lisa” 
 
“Good bye my love, farewell” dan detik itu adalah kali terakhir aku melihat senyuman Mama , mendengar suaranya buat kali terakhir dan Mama langsung terjun dari bangunan dan terus acup tenggelam ke dalam lautan Adriatic. Inspector Isaac menjerit mengarahkan unitnya turun ke dalam dasar laut mencari Mama dan aku rebah pengsan ke bumi kerana begitu terkejut dengan tindakan drastik Mama yang sehingga hari ini masih menjadi igauan.

 

Mama (part 7)

August 1999 ( 13 tahun ) Venice Italy,  Mama dan Diari
Sudah seminggu berlalu setelah aku mengenali siapa sebenarnya Jacob. Jacob menyerahkan aku diari Mama. Sehelai demi sehelai aku selak diari itu, sebahagianya mengisahkan masa silam Mama. Mama merupakan anak gelendangan yang tidak bernama,ibu bapanya mati ditembak tanpa diketahui sebabnya. Tulisan diari itu sangat kabur dan celaru aku cuma dapat mengandaikan bahawa Mama mungkin seorang anak pelarian di kawasan yang bergolak. Kisah seterusnya membawa Mama ke alam remaja, dia menjadi mangsa penculikan dan dijual di rumah pelacuran antara catitanya yang tertulis kemas di dalam bahasa German.
13th September 1981
They brought me to hell. They sold me to those monster. They called me Sally they call me Kelly they say they love me but they intend to kill me. My body were no longer mine. God Please Avenge Them For Me. Kill kill kill kill kill kill kill !!!!
20th October 1981
They say this is America. America like in the movies I have watch. In America, God I want to change. I want to live so God in the heaven give me wings and feather so I can fly and spread my wings away.
            31st December  1981
They give me a name today, at least it wasn’t a cunt or  a whore. They named me Athena like the goddess of war. I like the name , it suits me the best but I will break free from here, caged me in asylum?! I’m not mad! The world is mad!

Helaian seterusnya Mama sudah mula mengarang sebuah cerita Robin Hood versi dirinya. Dijelaskan secara teratur akan strategi dan perjalanan hidupnya Dia memulakan pencarian modal melalui bermain poker di kasino seterusnya memasuki pasaran gelap dalam memalsukan passport dan visa. Di sebalik kisahnya sebagai pencuri professional itu Mama tidak pernah melupakan orang miskin dan gelendangan dia menghabiskan hampir keseluruhan keuntunganya untuk membantu kanak-kanak dan badan kebajikan selebihnya digunakan untuk menampung diri. Aku terharu dengan apa yang dilakukan Mama tapi sayang sekali caranya itu salah. Walaubagaimana murni pun niat dan amalanya tetap tidak mengubah hakikat bahawa Mama tetap bersalah dalam melakukan pencurian hak milik orang lain. Aku memandang kad nama Jacob dan Isaac. Malam itu aku nekad, aku mahu pulangkan Mama ke muka pengadilan.

Mama (part 6)


August 1999 ( 13 tahun ) Kota Venice Itali, Siapa Jacob dan suara dari jauh.
Aku berlari dan terus berlari sekuat hati. Aku melalui lorong-lorong belakang kota klasik Venice ditemani cahaya bulan yang bersinar terang. Air mataku deras mengalir malam itu, untuk kali pertama kami bergaduh seperti itu. Tiba-tiba aku terlanggar sekujur tubuh, aku toleh dan aku lihat itu Jacob.
Cahaya bulan bersinar-sinar, malam di kota Venice yang biasanya romantik itu terasa hening sekali. Tiada bicara di bibirku saat Jacob mengelolakan gondola merentasi Grand Canal
“Fight with your mom?”
“Yeah, he think you are dangerous. That’s silly right? I mean why can’t she trust me?
“It must been hard on you”
“Yeah it sucks. I hate to see her cried, I just hated it.”
“Understood”
Tanpa aku sedari Jacob telah membawaku jauh dari kawasan yang berpenghuni. Aku menjadi kaget dengan sedikit getaran dalam suaraku , aku bertanya kepada Jacob
“Jacob, where are you taking me?”
“Sorry Lisa I have to do this” dan tiba-tiba tanganku digari. Perutku terasa sebu dan seakan ada jarum ais yang menusuk leherku.
“I’m Jacob Winchester, FBI agent. Miss Alisa Maisarah we need to talk” seturunya aku dari Gondola itu aku dikelilingi oleh beberapa orang lelaki yang tidak aku kenali. Mataku ditutup dan aku dibawa ke suatu bilik yang asing.
Mataku dibuka, cahaya lampu neon yang terang menyakitkan anak mataku.
“Jacob you’re a jackass! You lied to me!”
“Sorry I hate to do this to you but we’re not arresting you Alisa. We’re trying to save you”
“Lies!”
“Hello miss Alisa remember me?”  Aku merenung lelaki separuh abad yang berdiri di hadapanku. Aku mengecam wajah itu,wajah inspector yang cuba menangkapku tempoh hari sebelum kami tiba di Italy
“I believe you met my partner, Agent Jacob. I’m Isaac, Isaac Houston. We’ve been looking for you for years  Miss Alisa”
“What do you want from me?”
“Alisa, do you remember your father?”
“My father?”
“Yes, who is he, what he does, how he look like, do you remember? Do you remember your house?”
“What are you talking about? I have no father, there’s only Mama and me”
“Then Lisa, do you know your Mama name?”
Aku diam dan bungkam. Sememangnya aku tidak pernah tahu nama sebenar Mama. Mama tidak pernah mendedahkan dirinya kepadaku. Aku tidak tahu siapa Mama yang sebenarnya.
“Lisa, are you aware that for all this year you have been abducted?”
“Abducted? What are you talking about I don’t get it”
Inspector Isaac mengeluarkan sekeping gambar dan sebuah kaset. Lalu dia masukkan kaset itu ke dalam sebuah radio yang terletak di atas meja. Perlahan-lahan kaset itu mula berputar dan akhirnya mula bersuara
“Lisa anak ayah,
Apa khabar?
Sihat?
Kepalaku seakan-akan berpusing, aku mengenali suara itu dan aku faham bahasa melayu!
“Lisa anak mak, mak minta maaf memarahi kamu dahulu. Sekiranya mak tahu ini akan terjadi kepada kamu, mak akan peluk kamu waktu itu, mak akan cium kamu”
“Lisa.. ayah rindu dengan Lisa, ayah rindu suara Lisa, ayah rindu gelak tawa Lisa. Lisa di mana pun kamu berada di saat ini. Pulanglah nak, pulanglah ke sini. Kami rindu kamu. Kami rindu”
Kaset itu berhenti bersuara. Aku tatap gambar itu lama-lama. Aku pasti anak kecil yang bertocang itu aku dan di kiri dan kananku merupakan ayah dan mak. Ingatanku seakan-akan berputar, kembali ke saat aku pertama jumpa ibu. Ya benar! Aku diculik! Aku tidak sedar selama ini aku diculik kerana hidup bersama Mama sudah menjadi kebiasaan sehingga aku langsung tidak menyedari hakikat yang sebenarnya. Saat itu air mataku menitis, aku rindu ayah!
“You remember now Lisa?” cepat-cepat aku seka air mata. Aku pandang wajah inspector Isaac
“ Do you want to know who your Mama is?” Sambung Jacob pula.
Jacob mengeluarkan beberapa keping fail di atas meja. Aku menelaah satu-satu, fail-fail itu merupakan fail rekod jenayah. Semua kesalahan salah laku itu adalah sama iaitu penipuan kad kredit, dan pemalsuan passport dan visa yang bernilai beribu-ribu dollar.
“What you’re seeing on the table is what we called them as identity thief. They use other people information to hack on their personal accounts such as banks, credit card, passport or visa and use them for their personal use. Those five files I show you is among the most severe case in identity theft in America that cost the victim lost thousand of dollars”
“Then, what this got to do with Mama?” soalku semula
“Your Mama is the legend, she beats the five of them” Isaac bersuara dan aku terpaku.
“We believe your Mama is the patient that run away from Binghamton State Hospital, New york. An asylum to be clear. Your Mama is  one of the missing patient we’ve been looking for.” Aku ternganga mendengar kata-kata yang meluncur dari bibir inspector Isaac.
“She have a psychotic disorder with her personalities. She tend to trust that she is a robin hood in the new era, she had the idea to save people like how she writes in her diary, and you’re one of the character that she wrotes in her diary, her apprentice” Aku ternganga lagi dan langsung hilang kata-kata.
“Let me guess, she’s likes children especially the children on the streets and homeless, she likes to help people, a very mother-like character, soft and caring at heart”
“Yeah”
“That was how she potrayed herself in her diary”Aku kaget lagi.
“Listen Lisa the only thing we need from you is to send you back home safely. What your Mama been doing is wrong and darling you’re in danger because we have read her diary she intends to let you to follow her legacy, continuing what she’s been doing”
“What you’re trying to tell me, Mama isn’t a normal person? She’s sick? All this year I’ve been her puppet? Is that it?”

“Yes” jawab Isaac dan Jacob serentak. Aku langsung bisu dan diam terkaku.