Thursday 8 January 2015

Mama (part 1)


“Ibu, ibu,ibu dan kemudian barulah ayahmu” – Nabi Muhammad S.A.W

Dalam Islam, seorang ibu darjatnya diangkat tinggi , dipandang mulia dan wajib dihormati. Ibu surah al-quran diberi nama Al-fatihah dan Al-quran merakamkan kisah-kisah ibu yang sanggat unggul dan dihormati seperti  Maryam ibu Issa ,Summayah, Ibu Nabi Musa alaihissalam isteri firaun . Kisa-kisah yang mungkin kita dah sedia maklum sejak zaman sekolah rendah lagi.


Dalam kehidupan aku, aku dilahirkan oleh seorang yang aku panggil ibu, Rohani , seorang anggota penyelamat dan Bomba yang meninggal dunia apabila dia cuba menyelamatkan mangsa runtuhan terowong. Aku tidak pernah kenal ibu secara dekat kerana dia meninggal sewaktu aku masih terlalu kecil untuk mengingati kehadiranya tetapi sentiasa aku kenang akan jasa ibu yang melahirkan aku. Kedua aku ada Mak, Aliyah. Mak isteri kedua yang ayah nikah setelah pemergian ibu,  she is an English teacher for highschool. Perwatakan Mak yang tegas dan sangat berdisiplin membuatkan kami sering bertingkah, tetapi dia ibu yang baik  mungkin aku terlalu kecil dan tidak matang untuk melihat kasih sayang Mak yang berselindung di sebalik ketegasan dirinya. Dan yang akhir aku ada Mama, insan yang aku tidak pernah tahu namanya tapi aku panggil dia Mama. Dan garapan yang aku tulis ini tentang  Mama.

No comments:

Post a Comment